Nadipreneur Live Webinar 3 (Pemasaran)
6 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari yang lalu, pihak sso telah mengadakan live webinar 3 berkaitan dengan strategi pemasaran untuk perniagaan berdaya saing. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pemasaran digital, penjenamaan produk serta kaedah menarik pelanggan dalam pasaran yang semakin kompetitif. Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan kepada penggunaan media social sebagai platform utama pemasaran, kepentingan kandungan kreatif, serta strategi mengenal pasti sasaran pelanggan.
Selain itu, peserta turut mempelajari cara meningkatkan nilai produk melalui penampilan visual, penetapan harga yang sesuai dan penyampaian mesej promosi yang berkesan. Melalui aktiviti ini, peserta memperoleh ilmu baharu berkaitan pemasaran moden serta memahami kepentingan adaptasi teknologi dalam perniagaan. Secara keseluruhannyaprogram ini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam merancang strategi pemasaran yang lebih sistematik dan berdaya saing, sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan jualan dan perkembangan perniagaan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: